Monday, September 24, 2012

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Anak Tomok dan Rumah Terbuka

Pada 16 September 2012 yang lepas, berlangsunglah Majlis Akikah dan Cukur Jambul anak sulung pasangan Tomok dan Ayu, Arrianshah Akid. Majlis cukur jambul dimulakan oleh kumpulan marhaban yang dijemput khas dalam pukul 10.30 pagi. Macam-macam menu yang disediakan tuan rumah. Yang pastinya, semua menu tu sedap-sedap belaka. Rugi sape yang tak datang hari tu.

Selain majlis cukur jambul, tomok dan keluarga juga membuat rumah terbuka yang bermula pada pukul 12 tengahari. Tetamu disajikan dengan persembahan dari kumpulan asli Sri Mawar. Sesi karaoke pun ada tau.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan artis seperti Zimi, One dan Amer Sofazr, Edry KRU, Usop Wilca, dan ramai lagi. Klon Ziana Zain pun ada jugak hari tu. Kemunculan Boboiboy semasa majlis tersebut menarik perhatian ramai orang terutamanya kanak-kanak. Sepanjang majlis, arrian menjadi rebutan orang yang datang. Masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama tomok, ayu dan arrian.

Gambar sekitar majlis tersebut..

goodies bag utk orang marhaban
sesi cukur jambul
Arrian+ayah+ibu
Ibu kak ayu cukur jambul
Sofazr+Tomok=SOMOK