Saturday, July 24, 2021

Masa Berlalu

Siapa sangka..dah bertahun tak masuk sini..tetiba hari ni aku teringat kt blog ni..nasib baik blh masuk lg 😁😁

Aku cuba nk buka blog lama aku juga..tp jgn kata password..nama akaun tu pun aku x ingat 🤦‍♀️🤦‍♀️ Nnt la aku try & error utk cari akaun tu..

Erm..rasa sekejap je dah tahun 2021..da setahun lebih covid juga melanda..byk aktiviti yg x dpt aku buat..tp sepanjang tempoh ni, aku dpt luangkan lebih masa dgn fmly..yeah..itulah hikmah disebalik ape yg jd skrg ni..

Xtau nk mengomel ape lagi..lain kali la update lagi...daaaaaa

Wednesday, February 5, 2014

My Wishlist 2014

Da berhabuk blog aku ni..bukan setakat da lama x update story..blog ni pun da lama aku x buka..hihi.. Aku terpanggil utk update blog aku cuma utk share wishlist aku utk tahun 2014..aku harap dgn bertambahnya umur aku tahun ni, aku dpt mencapai bende2 dibawah: 1. Aku nak jd seorang insan yg berguna (skrg ni byk lg yg aku perlu ubah). 2. Aku nak membina kerjaya (masih mencari keje yg sesuai ngan jiwa). 3. Aku nak bahagiakan keluarga aku (da ada perancangan..tgh tgu masa nk dilaksanakan). 4. Aku nak kawen (tp masalahnya xde calon lg..ok..abaikan wish yg ni). Bunyi mcm klise je kan wish aku yg kt atas ni..tp itu la yg aku nk..selain tu, aku harap tahun ni aku..... 1. Aku dpt wish dr my incik artis (T&H). 2. Aku dpt hadiah special dr org yg special (tp orgnya xde). 3. Aku dpt suprise (lg best kalu salah sorg incik artisku ada *berangan je la*). 4. Aku dpt beli kete (x larat la nk naik public transport je..kalu dpt menang peraduan & dpt kete pun mcm best gak..hihi). 5. Aku nk hp baru (hp yg skrg ni x best..camera x cantik..xleh nk selfie..huhu). erm..ape lg ek..setakat ni, ini je yg aku terfikir..kalu ada lg nnt, aku update lg..daaaa

Thursday, October 18, 2012

Beli Barang Online

Sekarang ni ada macam-macam barang yang dijual online. Ramai yang memilih untuk menjual barang secara online sebab senang dan menjimatkan. Nak buat promosi pun senang. Sekarang ni budak sekolah pun boleh buat business. Cuma guna Facebook, owner da boleh buat promosi, berkomunikasi dengan pelanggan dan mendapatkan order. Pembeli pulak lebih suka beli barang online sebab boleh tengok macam-macam jenis koleksi barang yang dijual dalam masa yang sama. Then tak yah susah-susah nak tunggu bas atau cari parking dan tak yah buang masa beratur lama masa nak bayar. Cuma pembeli kena bersabar nak tunggu baju yang diorang order tu sampai. Selalunya dua hari lepas pembayaran, pembeli akan dapat barang diorang.

Mesti korang pelik nape tiba-tiba aku dok cite pasal barang online kan. Sebenarnye aku dan kakak ku adalah salah seorang pembeli barang online. Selalunya kitorang beli pakaian saja melalui online. Kalau kakak aku berminat ngan mana-mana koleksi pakaian kat dalam Facebook atau blog, die akan tunjuk kat aku dan tanya aku nak tak. Dalam banyak-banyak Facebook atau Blog, kitorang lebih suka koleksi pakaian yang dijual My Beautiful Rania (MBR). Owner dia pandai mix & match koleksi pakaian yang diorang ada bertemakan colour block. Korang tak tau ape maksud colour block?? Colour block adalah memadankan baju dengan warna yang bertentangan. Contohnya macam pakaian artis-artis masa Anugerah Blokbuster kat bawah ni:




Ok back to the topic. Sebab lain kitorang adik beradik suka beli pakaian dari MBR ialah kualiti pakaian diorang tak mengecewakan. Korang pun tau je la kan barang yang dijual secara online ni. Ada sesetengah gambar kite tgk barang diorang bukan main cantik tapi kualiti barang dia hancus. Sudahnya hati pembeli pun hancus sebab barang tak seperti yang diharapkan. Sekarang ni memang banyak koleksi pakaian aku dan kakak ku yang dibeli dari MBR. Kadang-kadang tu ada jugak usha kat FB orang lain tp tak banyak yang menarik..

Gambar credit to Beautiful Nara dan Lawa Photography




Monday, September 24, 2012

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Anak Tomok dan Rumah Terbuka

Pada 16 September 2012 yang lepas, berlangsunglah Majlis Akikah dan Cukur Jambul anak sulung pasangan Tomok dan Ayu, Arrianshah Akid. Majlis cukur jambul dimulakan oleh kumpulan marhaban yang dijemput khas dalam pukul 10.30 pagi. Macam-macam menu yang disediakan tuan rumah. Yang pastinya, semua menu tu sedap-sedap belaka. Rugi sape yang tak datang hari tu.

Selain majlis cukur jambul, tomok dan keluarga juga membuat rumah terbuka yang bermula pada pukul 12 tengahari. Tetamu disajikan dengan persembahan dari kumpulan asli Sri Mawar. Sesi karaoke pun ada tau.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan artis seperti Zimi, One dan Amer Sofazr, Edry KRU, Usop Wilca, dan ramai lagi. Klon Ziana Zain pun ada jugak hari tu. Kemunculan Boboiboy semasa majlis tersebut menarik perhatian ramai orang terutamanya kanak-kanak. Sepanjang majlis, arrian menjadi rebutan orang yang datang. Masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama tomok, ayu dan arrian.

Gambar sekitar majlis tersebut..

goodies bag utk orang marhaban
sesi cukur jambul
Arrian+ayah+ibu
Ibu kak ayu cukur jambul
Sofazr+Tomok=SOMOK





Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Semperna tahun 2011 yg bakal menutup tirainya dlm masa bpe jam je lg ni, tgn aku ni gatal2 plak nk update blog..*da smpi mood rajin ler tuh*

Tahun 2011 menyaksikan naik, turun hidup aku..adakalanya aku hampir tersungkur menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini..aku x nafikan hidup aku agak bahagia n gembira pada awal tahun..aku mula kenal dan rapat ngan kwn2 yg sgt sempoi n bez..dorg mmg wt aku hepi gle..smpi aku lupa mslh aku seketika..antara kwn2 yg sentiasa wt aku ceria sudah semestinye Geng SG yg dianggotai tasya, ubay, nina, nyta n aida..Awal tahun ni juga aku n kwn2 byk plan suprise besday party..ade yg berjaya, ade hancus..papepun, enjoy sgt2..celebration2 tu wt aku n keluarga Geng 5L semakin rapat..segalanya bermula dgn opkim permatang..tq FPP sbb anjurkan opkim..kalu x sbb dorg, keluarga Geng 5L xkn jd sebesar dan serapat skrg ni..

Dalam kegembiraan, nasib x menyebelahi aku ble aku n beberapa org kwn menghadapi krisis pd pertengahan tahun..kes tu mmg bg impact yg agak hebat dlm hidup aku..ok kte lupakan la pasal tu..bende la lepas..

Cukup dulu review kisah hdup aku sepanjang tahun ni..ade masa, aku update ape lg yg berlaku lps tu.. :)