Thursday, October 18, 2012

Beli Barang Online

Sekarang ni ada macam-macam barang yang dijual online. Ramai yang memilih untuk menjual barang secara online sebab senang dan menjimatkan. Nak buat promosi pun senang. Sekarang ni budak sekolah pun boleh buat business. Cuma guna Facebook, owner da boleh buat promosi, berkomunikasi dengan pelanggan dan mendapatkan order. Pembeli pulak lebih suka beli barang online sebab boleh tengok macam-macam jenis koleksi barang yang dijual dalam masa yang sama. Then tak yah susah-susah nak tunggu bas atau cari parking dan tak yah buang masa beratur lama masa nak bayar. Cuma pembeli kena bersabar nak tunggu baju yang diorang order tu sampai. Selalunya dua hari lepas pembayaran, pembeli akan dapat barang diorang.

Mesti korang pelik nape tiba-tiba aku dok cite pasal barang online kan. Sebenarnye aku dan kakak ku adalah salah seorang pembeli barang online. Selalunya kitorang beli pakaian saja melalui online. Kalau kakak aku berminat ngan mana-mana koleksi pakaian kat dalam Facebook atau blog, die akan tunjuk kat aku dan tanya aku nak tak. Dalam banyak-banyak Facebook atau Blog, kitorang lebih suka koleksi pakaian yang dijual My Beautiful Rania (MBR). Owner dia pandai mix & match koleksi pakaian yang diorang ada bertemakan colour block. Korang tak tau ape maksud colour block?? Colour block adalah memadankan baju dengan warna yang bertentangan. Contohnya macam pakaian artis-artis masa Anugerah Blokbuster kat bawah ni:




Ok back to the topic. Sebab lain kitorang adik beradik suka beli pakaian dari MBR ialah kualiti pakaian diorang tak mengecewakan. Korang pun tau je la kan barang yang dijual secara online ni. Ada sesetengah gambar kite tgk barang diorang bukan main cantik tapi kualiti barang dia hancus. Sudahnya hati pembeli pun hancus sebab barang tak seperti yang diharapkan. Sekarang ni memang banyak koleksi pakaian aku dan kakak ku yang dibeli dari MBR. Kadang-kadang tu ada jugak usha kat FB orang lain tp tak banyak yang menarik..

Gambar credit to Beautiful Nara dan Lawa Photography




No comments:

Post a Comment